PPNJ Poultry & Meat Sdn Bhd (PPMSB) diperbadankan pada 23 Julai 1992 dengan nama Lembayung Saujana Sdn Bhd dengan pemegang sahamnya terdiri Pertubuhan Peladang Negeri Johor (51%) dan selebihnya oleh Nafas dan Marditech Sdn Bhd dengan modal berbayar sebanyak RM600,000. Pada awal penubuhan, aktiviti utama syarikat merupakan penanaman sayuran secara fertigasi di Sungai Lebak, Kota Tinggi.
Selaras dengan penubuhan industri ayam PPNJ pada tahun 2002, PPNJ telah mengambilalih kesemua saham daripada Nafas dan Maritech Sdn Bhd dan ini telah membolehkan PPMSB menjadi milikan 100% serta telah menyuntik aktiviti industri ayam kepada syarikat ini. Secara rasminya penyerahan industri ayam yang terdiri daripada Ladang Kontrak, Kilang Memproses dan Pemasaran telah dilakukan pada 1 Januari 2004 dan ianya industri ayam telah menjadi aktiviti utama yang baharu kepada syarikat ini.
Untuk menyokong dan melancarkan aktiviti utama syarikat ini, PPNJ telah menyuntik sebanyak RM3,000,000 sebagai tambahan modal saham dan ini telah menjadikan modal berbayar syarikat menjadi RM3,600,000.00. Pada tarikh 10 Jun 2004, nama Lembayung Saujana Sdn Bhd telah ditukar kepada PPNJ Poultry & Meat Sdn Bhd, sejajar dengan hasrat PPNJ bagi bergerak aktif di dalam industri pengeluaran daging ayam yang memenuhi rantaian makanan. Melalui aktiviti ini, PPMSB dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan (bumiputera) dalam menjalankan aktiviti pengeluaran produk yang berasakan daging ayam serta produk hiliran.
Aktiviti ini sangat berpotensi untuk dikembangkan. Kaedah memproses berkonsepkan Bersih, Segar, Suci dan Halal telah mendapat sambutan yang menggalakkan ini akan dikembang melalui program yang dirancang. Aktiviti teras PPNJ Poultry & Meat Sdn Bhd adalah mengeluarkan produk ayam proses serta produk hiliran iaitu bermula dari proses penyembelihan, pembersihan ayam, pemotongan serta pembungkusan produk ayam.
Produk-produk ayam yang dikeluarkan oleh PPNJ Poultry adalah seperti ayam bulat whole-chicken, “keel”, drumstick, wing, thigh, rib, fillet dan carcass dan beberapa produk hiliran seperti Fried Chicken, Fresh Popcorn, Southern Fresh Satay, Marinated Chicken, Roasted Curry dan lain-lain. Perancangan penambahan bagi penghasilan produk hiliran juga akan dijalankan bagi memenuhi kehendak serta citarasa pelanggan masa kini.