Segalanya bermula dengan keinginan untuk mendapatkan produk makanan yang halal, bersih dan sihat untuk kegunaan keluarga sendiri. Namun setelah kami menemui produk pilihan hati, kami terpanggil untuk berkongsi dengan keluarga dan rakan-rakan. Melihatkan reaksi positif serta perasaan puas hati dari mereka, timbul pula keinginan untuk memberi peluang kepada lebih ramai lagi untuk mencuba sendiri dan merasai perbezaan dan keunikan produk-produk tersebut.
Maka, terhasillah SEJUKSLALU, di mana kami amat mementingkan kualiti dan kebersihan produk. Apa yang pasti, produk kami DIJAMIN HALAL.
Rangkaian produk yang kami bawa termasuklah makanan sejuk beku mentah dan yang telah diproses, sedia untuk dimasak serta makanan yang sedia untuk dimakan.
Kami juga menyediakan khidmat penghantaran percuma bagi kawasan disekitar Putrajaya, Bangi dan Kajang. Manakala caj bayaran yang berpatutan (caj tertakluk kepada kawasan penghantaran, sila rujuk jadual penghantaran kami) dikenakan untuk kawasan-kawasan di luar Bangi dan Kajang.
Cubalah dahulu, anda pasti tidak akan menyesal. Rujuk testimoni pelanggan-pelanggan kami untuk melihat apa kata mereka.