Tentang kami
Sejuk Slalu
Segalanya bermula dengan keinginan untuk mendapatkan produk makanan yang halal, bersih dan sihat untuk kegunaan keluarga sendiri. Namun setelah kami menemui produk pilihan hati, kami terpanggil untuk berkongsi dengan keluarga dan rakan-rakan. Melihatkan reaksi positif serta perasaan puas hati dari mereka, timbul pula keinginan untuk memberi peluang kepada lebih ramai lagi untuk mencuba sendiri dan merasai perbezaan dan keunikan produk-produk tersebut.
Maka, terhasillah SEJUKSLALU, di mana kami amat mementingkan kualiti dan kebersihan produk. Apa yang pasti, produk kami DIJAMIN HALAL.
Rangkaian produk yang kami bawa termasuklah makanan sejuk beku yang mentah dan yang telah diproses.
MISI SEJUK SLALU
Kami berhasrat untuk menyediakan pilihan bahan makanan sejuk beku yang terbaik kepada pelanggan kami.
Produk Muslim dan Bumiputra
Selain menjaga kualiti produk yang dibawa, kami menyokong penuh pengembangan produk-produt tempatan terutamanya produk keluaran muslim dan bumiputra.
Bersih & Suci
Produk mentah kami telah siap dibasuh dan sedia diuntuk terus di gunapakai/ masak oleh pelanggan
Bebas Hormon & Antibiotik Terlarang
Kami memastikan sumber bagi produk-produk kami adalah ternakan yang dipelihara tanpa penggunaan ubatan terlarang. Sekaligus memberi altenatif selamat kepada pelanggan yang mempunyai alergi dan kekangan sumber protien.
Khidmat penghantaran Percuma
Kami menyediakan khidmat penghantaran secara percuma ke lokasi pelanggan mengikut jumlah pesanan minima.
Lokasi Kami
No 27, Jalan 3/58, Seksyen 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
Berita Terkini
Maklumat/ Berita terkini Sejuk Slalu
Hubungi Kami
Untuk sebarang maklumbalas/ pertanyaan berkenaan dengan produk dan khidmat kami