Produk Ayam beku yang dipasarkan oleh kami dibekalkan oleh PPNJ Poultry & Meat Sdn Bhd iaitu anak syarikat PPNJ yang mengeluarkan produk ayam proses serta produk hiliran iaitu bermula dari proses penyembelihan, pembersihan ayam, pemotongan serta pembungkusan produk ayam. Produk-produk ayam yang dikeluarkan oleh PPNJ Poultry adalah seperti ayam bulat whole-chicken, βkeelβ, drumstick, wing, thigh, rib, fillet dan carcass dan beberapa produk hiliran seperti Fried Chicken, Fresh Popcorn, Southern Fresh Satay, Marinated Chicken, Roasted Curry dan lain-lain. Perancangan penambahan bagi penghasilan produk hiliran juga akan dijalankan bagi memenuhi kehendak serta citarasa pelanggan masa kini.
Mengapa kami memilih Ayam PPNJ?
- π Tumbesaran ayam secara semulajadi (tidak disuntik hormon tumbesaran)
- πAyam kurang lemak
- π Proses penyembelihan mengikut syarak
- π Disembelih oleh juru sembelih yang bertauliah
- π Pisau menyembelih sentiasa dalam keadaan bersih setiap kali penyembelihan dijalankan
- π Ayam digantung selama 7 minit selepas disembelih bagi memastikan ayam mati sepenuhnya
- π ‘Checker’ akan memeriksa urat semerih ayam putus dengan sempurna. Jika tidak putus, ayam tersebut akan dibuang.
- π Ayam yang telah disembelih akan melalui air panas didalam tangki (mempunyai saluran air masuk dan keluar)
- π Disejuk beku(kaedah blast freezer) untuk keselamatan dan kesegaran ayam
- π Purata penggunaa air bagi pembersihan seekor ayam adalah sebanyak 20 liter air (ayam sudah dipotong & bersih. Hanya bilas sebelum masak)
- π 100% produk muslimπ―
- π Diiktiraf oleh JAKIM dan lulus sijil HALAL